Friday, 14 July 2017

PERTEMUAN NANCY SHUKRI DENGAN LIEW CHIN TONG.


gap petik dan rangkum dari fb yb nancy.

pada 11 julai 2017 menteri di JPM , yb nancy shukri telah menerima kunjungan delegasi dan ahli parlimen DAP, liew chin tong di pejebatnya di putrajaya.

pertemuan postitif ini lebih terarah kepada membincangkan hala tuju dan makluman lengkap mengenai cadangan RUU pengangkutan awam darat ( pindaan ) 2017 dan rancangan kerajaan untuk meregulalisasikan perkhidmatan e hailing.

kita di fahamkan perbincangan ini lebih bersifat konstsruktif, yakni memberi lontaran ide dan cadangan dalam menambah baik RUU yang dimaksudkan.

cerita mengenai nasib dan masa depan pemandu teksi juga diperbincangkan. ( umum mengetahui cabaran mereka bilamana perkhidmatan uber/grabcar diperkenalkan )

jelas perbezaan parti tidak menjadi batu penghalang perbincangan demi rakyat. beda pandangan memang perlu, yang bijaknya bagaimana ianya perlu diselesaikan. jelas kaedah pertemuan sebegini lebih praktikal..

syabas ahli parlimen BN dari sarawak ini.


No comments:

Post a Comment

KOMEN JANGAN HINA AGAMA DAN PERKARA SENSITIF. AKU TAK TANGGUNGJAWAP KALAU KORANG KENA.